Pada
zaman Nabi Muhammad saw, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya
merah, bidang dadanya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan,
kulitnya kemerah-merahan, wajahnya selalu melihat pada tempat sujudnya
dan tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya. Pemuda ini tidak
pernah lalai dari membaca al-Quran dan sentiasa menangis. Pakaiannya
hanya dua helai sahaja, sudah terlalu lusuh untuk dipakai sehinggakan
tidak ada orang yang menghiraukannya. Beliau tidak dikenal oleh penduduk
bumi akan tetapi sangat terkenal di langit. Pemuda ini, jika bersumpah
demi Allah pasti terkabul.
Dia adalah Uwais al-Qarni. Beliau
tidak dikenali dan miskin malah banyak orang yang suka mentertawakannya,
mengejek-ejeknya, dan menuduhnya sebagai pencuris erta bermacam lagi
penghinaan dilemparkan kepadanya.Pemuda dari Yaman ini telah lama
menjadi yatim, tidak mempunyai saudara mara kecuali hanya ibunya yang
telah tua dan lumpuh. Untuk menyara kehidupan sehari-hari, Uwais bekerja
sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk
menyara kehidupan harian bersama ibunya.Jika ada wang lebihan, beliau
akan membantu jiran tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan
seperti keadaannya.
Walaupun dalam keadaan serba payah,
beliau tidak pernah lalai dalam mengerjakan ibadahnya, sedikit pun tidak
berkurang. Sepanjang hidupnya, beliau melakukan puasa di siang hari dan
bermunajat di malam harinya. Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada
masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad saw yang telah mengetuk
pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang
tidak ada sekutu bagi-Nya. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalam
agama Islam sangat menarik hati Uwais dan apabila seruan Islam datang di
negeri Yaman, beliau segera memeluknya Banyak rakan-rakannya yang telah
memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengar secara langsung dakwah
Nabi Muhammad saw.
Hati Uwais juga meronta-ronta untuk ke
Madinah bertemu kekasih Allah, penghulu para Nabi tetapi beliau tidak
mampu kerana tidak mempunyai bekalan yang cukup untuk sampai kesana.
Apatah lagi beliau perlu menjaga ibunya. Jika beliau pergi, siapa pula
yang akan melihat ibunya.Dikisahkan ketika terjadi perang Uhud,
Rasulullah saw mengalami kecederaan dan giginya patah kerana dilempari
batu oleh musuh-musuhnya. Berita ini akhirnya sampai kepada Uwais. Lalu
ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut
dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada baginda saw, sekalipun
beliau belum pernah melihat Rasulullah saw. Hari berganti hari dan musim
pun berlalu, kerinduannya terhadap Rasulullah tak dapat dibendung
lagi.
Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati,
bilakah agaknya baru dirinya dapat menziarahi Nabi saw dan memandang
wajah beliau dari dekat? Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati
ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar
diperkenankan pergi menziarahi Nabi saw di Madinah. Sang ibu, walaupun
telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau
memahami perasaan Uwais, dan berkata,Pergilah wahai anakku! Temuilah
Nabi dirumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali
pulang.
Dengan perasaan gembira yang amat sangat, Uwais berkemas
untuk berangkat dan sebelum pergi, beliau menyiapkan keperluan ibunya
yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada jiran tetangganya agar
dapat menemani ibunya sepanjang pemergian beliau.
Sesudah
mencium tangan ibunya yang tercinta, berangkatlah Uwais menuju ke
Madinah yang jaraknya sekitar empat ratus kilometer dari Yaman. Dengan
laluan yang sangat mencabar akhirnya tibalah Uwais al-Qarni di kota
Madinah. Segeralah ia menuju ke rumah Nabi saw, diketuknya pintu rumah
itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidatina Aisyah r.a., sambil
menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi saw yang ingin
ditemuinya. Namun ternyata baginda saw tidak berada di rumah melainkan
berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin
berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya
bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi saw dari medan perang.
Tapi, beliau teringat akan pesan ibunya sudah tua dan sentiasa dalam
keadaan tidak sihat itu, agar ia cepat pulang ke Yaman, Engkau harus
lekas pulang. Disebabkan ketaatan kepada ibunya, pesanan ibunya itu
telah mengalahkan suara hati untuk menunggu Nabi saw.
Ia
akhirnya memohon kepada Sayyidatina Aisyah r.a. untuk pulang semula ke
Yaman. Uwais lalu menitipkan salamnya kepada Nabi saw dan melangkah
pulang dengan perasaan hampa kerana tidak dapat bertemu dengan Kekasih
Allah.
Sepulangnya dari perang, Nabi saw langsung bertanya tentang
kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad saw menjelaskan bahawa
Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Beliau adalah
penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda
Rasulullah saw, Sayyidatina Aisyah r.a. dan para sahabatnya terpegun
seketika. Lalu kata Sayyidatina Aisyah r.a., memang benar sebelum ini
ada seseorang telah datang mencari Rasulullah saw tetapi orang itu
segera pulang ke Yaman, kerana teringat akan ibunya yang sudah tua dan
sakit sehinggakan beliau bimbang meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah
saw bersabda : Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni),
perhatikanlah bahawa ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak
tangannya. Sesudah itu baginda saw, memandang kepada Sayyidina Ali k.w.
dan Sayyidina Umar r.a. lalu bersabda: Apabila kalian bertemu dengan
dia, mintalah doa dan istighfarnya kerana dia adalah penghuni langit dan
bukan penghuni bumi.
Tahun berganti tahun dan Umar r.a
menjadi khalifah kedua menggantikan Abu Bakar As-Siddiq yang telah
wafat. Abu Bakar dipilih menjadi khalifah selepas Rasulullah saw wafat.
Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi saw tentang Uwais
al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan sahabatnya,
Sayyidina Ali k.w. untuk mencari Uwais bersama. Sejak itu, setiap kali
ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua akan bertanya tentang
Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Diantara kafilah-kafilah
itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang dicari oleh
kedua-dua sahabat besar itu. Rombongan kafilah dari Yaman menuju ke Syam
silih berganti membawa barang dagangan mereka.
Suatu
ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota
Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman,
bersegeralah khalifah Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka
dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu
mengatakan bahwa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta
mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, mereka berdua bergegas
menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di tempat Uwais, Khalifah Umar r.a.
dan Sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang
melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam
kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.
Sewaktu
berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi saw. Memang benar! Dia
penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut, Siapakah
nama saudara ? Lalu jawab Uwais, Abdullah. Mendengar jawaban itu, kedua
sahabat itupun tertawa dan mengatakan : Kami juga Abdullah, yakni hamba
Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ? Uwais kemudian berkata:
Nama saya Uwais al-Qarni.
Sepanjang perkenalan mereka,
tahulah mereka bahawa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya,
beliau baru dapat turut serta bersama rombongan kafilah dagang itu.
Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan
mendoâkan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah:
Sayalah yang harus meminta doa dari kalian. Mendengar perkataan Uwais,
Khalifah berkata: Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari
tuan. Disebabkan didesak oleh dua sahabat besar ini, Uwais al-Qarni
akhirnya mengangkat kedua belah tangannya lalu berdoa dan membacakan
istighfar. Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk memberinya uang
negara dari Baitul Mal kepada Uwais sebagai biaya hidupnya. Uwais
menolaknya dengan lembut dengan berkata: Hamba mohon supaya hari ini
saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba
yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.
Setelah kejadian
itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak langsung terdengar
beritanya. Tapi diriwayatkan ada seorang lelaki pernah bertemu dan
dibantu oleh Uwais. Kata orang itu, waktu itu kami sedang berada di atas
kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka
angin ribut bertiup dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghentam
kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal
semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang lelaki yang
mengenakan selimut berbulu di berada di satu sudut kapal lalu kami
memanggilnya. Lelaki itu bangun lalu melakukan solat di atas air. Betapa
terkejutnya kami melihat kejadian itu. Wahai waliyullah, Tolonglah
kami! Tetapi lelaki itu tidak menoleh.
Lalu kami berseru
lagi, Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!
Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: Apa yang terjadi? Tidakkah
engkau melihat bahawa kapal dibadai ribut dan dihentam ombak ?tanya
kami. Dekatkanlah diri kalian pada Allah ! katanya. Kami telah
melakukannya. Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca
bismillahirrohmaanirrohiim! Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan
berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami lima ratus jiwa lebih.
Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami yang
lain tenggelam ke dasar laut bersama isinya. Lalu orang itu berkata pada
kami , Tidak mengapalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian
semua selamat. Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? Tanya
kami. Uwais al-Qarni. Jawabnya dengan singkat. Kemudian kami berkata
lagi kepadanya, Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah
milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.
Jika
Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan
membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah? tanya Uwais.
Ya,jawab kami. Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air,
lalu berdoa. Sebaik sahaja Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba
kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menaikinya dan meneruskan
perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta
kepada orang-orang fakir di Madinah sehingga tidak ada satupun yang
tertinggal.
Beberapa waktu kemudian, tersiarlah khabar bahawa
Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia
hendak dimandikan tiba-tiba terlalu banyak orang yang berebut hendak
memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikapan,
begitu ramai orang yang menunggu untuk mengkapannya. Demikian pula
ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada
orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa
menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebut hendak
mengusungnya.
Meninggalnya Uwais al-Qarni telah
menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat
menghairankan penduduk Yaman. Sedemikian banyaknya orang yang tak
dikenali datang untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais
adalah seorang fakir yang langsung tidak dihiraukan orang. Sejak ia
dimandikan sampailah ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur,
ada sahaja orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu.
Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka tertanya-tanya: Siapakah
sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal,
hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa, yang kerjanya
hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta? Tetapi, ketika hari
wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya
manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam
jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang
diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru
saat itulah penduduk Yaman mengetahui siapa Uwais al-Qarniyang ternyata
tidak terkenal di bumi tapi terkenal di langit. https://plus.google.com/111313191679040197382/posts/fmvmwemDBcf